KUALA LUMPUR: Perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) berpotensi membuka peluang perdagangan dan pelaburan baharu bagi Malaysia dan Perancis, memandangkan kedua-dua negara sedang bersiap sedia untuk meraikan 70 tahun hubungan diplomatik pada 2027.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata satu perjanjian yang komprehensif dan seimbang akan memberikan akses pasaran lebih baik kepada komuniti perniagaan serta kepastian lebih tinggi mengenai peraturan yang mengawal perdagangan dan pelaburan.

Beliau berkata, rundingan bagi FTA Malaysia-EU (MEUFTA) sedang berjalan, dengan beberapa isu tertunggak termasuk perbezaan pandangan mengenai akses pasaran dan keperluan kawal selia.