Kuala Lumpur: Kerjasama pertahanan negara ASEAN perlu diperkukuh menerusi latihan bersama, perkongsian pengalaman dan kepercayaan profesional bagi memastikan kestabilan serantau terus terpelihara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ancaman siber, teknologi dan bencana alam menuntut

kesiapsiagaan kolektif melalui latihan bersama, perkongsian pengalaman dan kepercayaan profesional, tanpa menjejaskan kedaulatan negara.

"Kesiapsiagaan mesti dibina sebelum krisis berlaku," katanya dalam perkongsian di Facebook, hari ini.