KUALA LUMPUR: Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan 2a/1, Kampung Melayu Kepong, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.45 petang sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang digerakkan ke lokasi.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa iaitu lelaki berusia 34 tahun itu

dijalankan menerusi kerja penggalian dan pengalihan tanah menggunakan jentera pengorek dengan kerjasama pelbagai agensi.