KUALA LUMPUR: Penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) perlu memperkukuh sistem pengurusan agensi, khususnya dalam aspek pengambilan, latihan, bimbingan dan penyeliaan ejen.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata, langkah itu penting bagi memastikan ejen memberikan perkhidmatan konsisten serta berkualiti kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O'Dell, berkata pemilihan ejen untuk memegang jawatan pengurusan perlu dibuat menerusi proses penilaian yang sewajarnya.

Beliau berkata, prestasi jualan yang kukuh tidak semestinya diterjemahkan kepada kepimpinan berkesan.