Pendakwah Firdaus Wong memfailkan saman fitnah terhadap Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, dengan mendakwa bekas ketua menteri itu menggambarkannya sebagai pelampau agama yang tidak bertoleransi dan mahu menjejaskan kebebasan serta hak masyarakat bukan Islam.PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak dakwaan fitnah pendakwah Firdaus Wong dengan berkata kenyataannya mengenai pendakwah itu dibuat sebagai tindak balas terhadap komen provokatif Wong sendiri di media sosial.
Dalam maklum balas terhadap surat tuntutan Wong, peguam Lim berkata video Facebook penasihat DAP itu pada 24 Jun telah dipetik di luar konteks, selain mendakwa Wong memilih petikan tertentu dan menterjemahkannya secara tidak tepat daripada rakaman berbahasa Mandarin.









