Kuala Lumpur: Kerajaan Pulau Pinang didakwa mengecewakan rakyat kerana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) perlu membayar RM210 juta setiap tahun selama 40 tahun kepada Perak walaupun air terawat tidak dibekalkan kepada negeri itu.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari disifatkan sudah mengecewakan rakyat negeri itu kerana enggan menjelaskan perkara berkenaan.
Beliau berkata, pendedahan mengejutkan PBAPP, anak syarikat milik penuh PBA Holdings Bhd (PBAH), diwajibkan membayar caj kapasiti RM210 juta setiap tahun walaupun berisiko tidak menerima sebarang bekalan air terawat.








