BRUSSELS, 18 Nov () – Suruhanjaya Eropah meluluskan ubat baharu bagi rawatan kanser pankreas, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ubat daraxonrasib yang dipasarkan dengan jenama Rasonque itu tidak menjanjikan penyembuhan, sebaliknya bertujuan memanjangkan jangka hayat pesakit berbanding rawatan kemoterapi.
Ubat berkenaan boleh digunakan oleh pesakit dewasa yang pernah menerima sekurang-kurangnya satu jenis rawatan kanser sebelum ini, menurut Suruhanjaya Eropah.
Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) telah mengesyorkan kelulusan ubat itu pada Oktober lepas.








