Lim Guan Eng persoal Chow Kon Yeow dan Zairil Khir Johari berhubung isu kewajipan PBAPP membayar caj kepada Perak dalam pembekalan air terawat.PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas penggantinya Chow Kon Yeow dan exco Zairil Khir Johari berhubung kewajipan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membayar caj kapasiti RM210 juta setahun kepada Perak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan mempersoalkan mengapa bayaran berjumlah RM8.4 bilion sepanjang 40 tahun tetap perlu dibuat walaupun PBAPP berisiko tidak menerima sebarang bekalan air terawat.
Menurutnya, isu terbabit dibangkitkan lima daripada 12 pengarah PBA Holdings Bhd (PBAH), syarikat induk PBAPP, yang secara rasmi membantah perjanjian pembelian air terawat bernilai RM24.6 bilion pada mesyuarat agung luar biasa (EGM), 12 Nov lalu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F5234234234_681420.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
