Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh berkata pengampunan bersyarat itu boleh memberi 'implikasi dan kesan politik' yang besar terhadap kerajaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh pada mulanya tidak mahu menandatangani perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak, tetapi akhirnya bersetuju berbuat demikian, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dinyahklasifikasikan.

Menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (FTPB), Yeoh mencadangkan supaya perintah pengampunan itu ditandatangani oleh pegawai lain, seperti Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri.

Beliau berkata pengampunan bersyarat itu boleh memberi 'implikasi dan kesan politik' yang besar terhadap kerajaan.