New York: Pemilik sebuah spa perubatan di sini mengaku bersalah di mahkamah persekutuan atas pertuduhan mengendalikan suntikan Botox tiruan secara haram yang menyebabkan seorang pelanggan mengalami botulisme, lapor The Guardian.

Klara Shuster yang juga dikenali sebagai Klara Chrzuszcz membuat pengakuan itu Ketika prosiding bagi pertuduhan konspirasi melakukan penyeludupan selain beberapa pertuduhan lain.

Pejabat Pendakwa Raya Amerika Syarikat bagi daerah selatan New York memaklumkan pembabitan Shuster dalam kegiatan penyeludupan berkenaan berlaku dari Februari 2020 hingga Oktober 2025.

Berdasarkan fakta kes, Shuster memesan ubat mengandungi toksin botulisme menerusi internet dari Korea untuk digunakan dalam perniagaannya.