am@hmetro.com.my

Teluk Intan: Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki barang kawalan iaitu minyak masak bersubsidi seberat 454 kilogram (kg) tanpa lesen sah, pada Mac lalu.

Mohammad Ariful Islam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki barang kawalan iaitu minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram sebanyak 454kg dalam keadaan yang menimbulkan syak wasangka munasabah yang mana dengan niat barang kawalan itu, digunakan untuk berniaga secara jual runcit yang melanggar Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.