KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan mencemar duli menziarahi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, semalam.
Keberangkatan baginda bagi menziarahi Tun Dr Mahathir pada Ahad dikongsikan menerusi hantaran terbaharu di halaman Facebook rasmi bekas Perdana Menteri itu.
Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik, Tuanku Syed Sirajuddin dilihat berkenan meluangkan masa berbual bersama Tun Dr Mahathir.
Turut diadakan ketika kunjungan mesra berkenaan ialah bacaan doa selamat dan doa kesejahteraan khusus buat Tun Dr Mahathir.









