Phillip Island: Kehadiran seekor kanggaru di Litar Phillip Island mencuri tumpuan apabila memaksa sesi latihan Grand Prix Australia dihentikan buat kali kedua, hari ini.

Haiwan itu dikesan berada di kawasan litar sebelum melompat melepasi penghadang dan meninggalkan kawasan perlumbaan.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan keselamatan memandangkan pelumba sedang memecut pada kelajuan tinggi ketika memburu catatan masa terbaik.

Sebelum itu, sesi turut dihentikan selepas pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi bersentuhan dengan Alex Marquez sehingga menyebabkan serpihan motosikal bertaburan di litar.