MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berdepan saingan satu lawan satu dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, pada 14 November ini.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu dicabar Setiausaha Penaja Parti Keadilan Rakyat (PKR) Masjid Tanah Mohd Yunazri Mustamiri yang mewakili Pakatan Harapan (PH).Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) DUN Tanjung Bidara Datuk Saifuddin Abdul Karim mengumumkan pencalonan rasmi itu sebaik tamat proses penamaan calon di Dewan Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim Kompleks Japerun Tanjung Bidara di Alor Gajah di sini, pada 10 pagi tadi.Selesai proses penamaan calon, tempoh berkempen selama 14 hari bagi PRN Melaka bermula secara rasmi seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 11.59 malam, 13 November.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan ‘hidup rakyat’PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya RumputPada PRN Melaka ke-15, Ab Rauf menang pertandingan tiga penjuru di DUN Tanjung Bidara menewaskan calon PH Zainal Hassan dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 364 undi.DUN Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubarkan pada 23 Sept lepas, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, dan SPR menetapkan 10 November ini bagi hari pengundian awal, manakala 14 November sebagai hari mengundi.Seramai 687,697 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kali ini, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis.Pada PRN Melaka ke-15 yang berlangsung 20 Nov 2021, BN menang 21 kerusi dengan UMNO menguasai 18 kerusi, MCA (dua) dan MIC (satu), sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga.PH pula menang lima kerusi menerusi DAP (empat) dan Amanah (satu), manakala PN dengan dua kerusi. - Bernama
PRN Melaka: Ab Rauf berdepan saingan satu lawan satu di DUN Tanjung Bidara

Key takeaways
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, berdepan saingan satu lawan satu daripada calon Pakatan Harapan di kerusi DUN Tanjung Bidara semasa Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16.
- Mohd Yunazri Mustamiri daripada PKR mewakili Pakatan Harapan untuk mencabar Ab Rauf Yusoh.
- Pencalonan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada 10 pagi di Alor Gajah.
- Tempoh berkempen selama 14 hari bermula rasmi sehingga 11.59 malam, 13 November.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Ab Rauf kekal ketua menteri jika BN menang PRN Melaka
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: MCA dapat satu lagi kerusi - Bandar Hilir
- Utusan Malaysia Ab Rauf berdepan satu lawan satu di Tanjung Bidara
- Sinar Harian PRN Melaka: Ab Rauf berdepan saingan satu lawan satu di DUN Tanjung Bidara (this story)
- Malaysiakini (BM) Ab Rauf terus terajui Melaka jika BN menang PRN - Zahid








