Kuala Lumpur: Malang berganda apabila dua kali menjadi seorang ejen hartanah menjadi mangsa penipuan scammer menyebabkan kerugian lebih RM79,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 60-an itu pada mulanya ditipu RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan.

"Pada hujung tahun lalu, dia kemudiannya ada melihat iklan perkhidmatan bantuan guaman di Facebook yang boleh membantu mendapatkan semula wang itu.

"Mangsa kemudiannya menghubungi peguam terbabit untuk mengetahui kaedah bagi mendapatkan semula wangnya," katanya.