PETALING JAYA: Sebanyak 38 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.44 pagi ini, berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Data APIMS pada 8 Oktober 2026 menunjukkan bacaan tertinggi direkodkan di Segamat, Johor dengan IPU 187, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (183) dan Seremban (182).

Beberapa kawasan lain di Johor turut mencatat bacaan tinggi termasuk Pasir Gudang dengan IPU 180, Kluang (179), Larkin (178), Tangkak (172), Pengerang (165), Kota Tinggi (164) dan Batu Pahat (161).

Di Selangor, Johan Setia merekodkan IPU 178, manakala Shah Alam mencatat 170, Banting (167), Klang (166), Petaling Jaya (165) dan Kuala Selangor (155).