PETALING JAYA: Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 3 petang tadi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat, Johor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 194.

Ia diikuti Nilai dan Segamat masing-masing dengan bacaan 170, Pasir Gudang (170), Tangkak (170), Seremban (168) dan Kluang (168).

Larkin pula merekodkan bacaan 166, diikuti Bandaraya Melaka (163), Putrajaya (162), Kota Tinggi (160), Pengerang (159) dan Indera Mahkota, Kuantan (159).

Cheras mencatat bacaan 158, manakala Balok Baru, Kuantan dan Johan Setia, Selangor masing-masing merekodkan 157.