Mandalika: Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez membidas tindakan MotoGP yang memperkenalkan denda terhadap pelumba yang tidak menghadiri aktiviti promosi, sambil menegaskan bahawa "kami memberikan persembahan di litar".
Menurut Motorsport, e-mel diedarkan kepada pelumba ketika Grand Prix (GP) Indonesia yang memaklumkan mereka akan didenda €5,000 (RM22,850) jika tidak menghadiri acara promosi.
Peraturan baharu itu dikuatkuasakan bagi acara 'Hero Walk' pada pagi semalam, iaitu ruang pertemuan antara pelumba dengan peminat.
Pelumba diwajibkan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit di situ atau berdepan denda, dengan hukuman meningkat bagi setiap kesalahan berulang. Hukuman berbentuk penalti sukan turut dicadangkan.









