BERJUTA, berbilion maklumat di luar sana. Harus kita cerdik untuk tapis dan periksa kandungan. Ada fakta, benar atau auta?
Akibat salah faham atau salah tafsir satu-satu maklumat, risikonya boleh haru-biru, huru-hara hidup seseorang. Kemudian melarat kepada keluarga. Akhirnya hancur lebur sebuah rumah tangga.
Kepada negara, akibatnya lagi dahsyat hingga boleh tumbang kerajaan. Sungguh, benar - penat kita sebagai rakyat mendengar maklumat salah tafsir ini.
Orang kita tahap sensitivitinya tinggi. Apa lagi orang Melayu yang majoritinya memiliki perasaan halus. Senang tersinggung, mudah terasa dan serba sederhana dalam kehidupan.








