JERANTUT: Kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang dinaikkan RM3.30 seperti di­umumkan dalam Belanjawan 2027 dilihat belum memadai dalam kalangan penoreh getah luar bandar di Pahang, sebaliknya harapan mereka kerajaan wajar menetapkan harga komoditi itu melebihi RM4.50 sekilogram.

Pengusaha yang memiliki kebun berskala kurang dua hektar mengeluh kerana harga getah antara RM4 hingga RM4.20 sekilogram masih tidak menjamin keselesaan pendapatan serta perbelanjaan memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Pahang, Anuar Mustakim berkata, kira-kira 6,000 pekebun kecil dan penoreh getah negeri ini berharap kerajaan dapat memenuhi hasrat mereka menaikkan harga komoditi itu melebihi antara RM4.50 hingga RM5.