JEMPOL: Kilang FGV Rubber Industries (FGVRI) akan terus mengurus dan menerima hasil getah daripada peneroka sehingga 31 Disember 2026.

Ketua Peneroka Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, keputusan itu dibuat berikutan pemberhentian operasi kilang FGVRI yang dijadualkan pada 1 Oktober 2026.

Katanya, ​berdasarkan maklumat terkini daripada FELDA, seluruh hasil pengeluaran getah bagi bulan Oktober, November dan Disember 2026 akan tetap dibeli oleh pihak FGVRI.

"Selepas tarikh itu, keputusan muktamad mengenai operasi dan mekanisme pengurusan hasil peneroka akan diputuskan oleh pihak ibu pejabat FELDA pada bulan Disember 2026.

"Oleh itu hasil getah peneroka akan terus diterima sehingga 31 Disember ini," katanya.