NARATHIWAT (THAILAND): Seramai 21 warga asing disyaki anggota sindiket scammer antarabangsa ditahan pihak berkuasa Thailand di sebuah di Kampung Buketa, Mukim Lochut, Daerah Waeng di sini, ketika sedang menunggu untuk diseludup ke masuk Malaysia, kelmarin.
Serbuan pukul 11 pagi itu dilakukan oleh pasukan pegawai imigresen, polis dan Pasukan Peronda Sempadan 446 hasil maklumat risikan yang diperoleh dari orang ramai.
Jurucakap Balai Polis Daerah Waeng berkata, daripada jumlah itu pihaknya mendapati empat warga China berusia 40-an dipercayai bertindak sebagai pemimpin kanan sindiket scammer antarabangsa dan pemerdagangan buruh haram.
Katanya, baki 17 individu yang ditahan itu adalah warga Myanmar termasuk sembilan wanita masing-masing berusia antara 20-an dan 30-an dipercayai anggota sindiket scammer.









