MANILA – Pihak berkuasa menangkap lebih 200 pekerja asing  dengan sebahagian besar mereka  warga China dalam operasi pembanterasan terbesar terhadap pengendali perjudian dalam talian haram di Filipina  pada tahun ini, kata biro imigresen.

Manila mengharamkan perjudian dalam talian Filipina yang dikenali sebagai POGO pada 2024 kerana kumpulan penjenayah menggunakannya sebagai topeng untuk aktiviti pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram, penipuan dalam talian, penculikan dan pembunuhan.

Tentera dan agensi penguatkuasa undang-undang lain menyerbu dua premis di Pulau Mindanao, selatan Filipina pada Jumaat lalu.

Mereka menahan 110 warga China, dua warga Kemboja dan seorang penduduk Hong Kong di sebuah lokasi, demikian menurut biro imigresen kelmarin.