SHAH ALAM – Dua pemuda maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Penyajak U1/45B, Hicom-Glenmarie Industrial Park di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.27 tengah malam itu, kedua-dua mangsa yang maut berusia 20 tahun menaiki sebuah Proton Wira Aeroback bersama dua lagi remaja lelaki berusia 19 tahun mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta BBP Bukit Jelutong telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan itu turut membabitkan sebuah Proton Exora yang dinaiki tiga individu.