PUTRAJAYA – Ada yang sanggup merentas negeri, malah ada yang datang hampir setiap hari semata-mata untuk membaca al-Fatihah dan mendoakan Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali.

Sepanjang 13 hari pertama selepas pengebumian, kira-kira 21,000 orang dianggarkan mengunjungi pusara isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu di Pusara Negara, Taman Selatan, Presint 20, di sini.

Penyelia Unit Perkuburan Perbadanan Putrajaya (PPj), Mohd Ferdaus Bahili berkata, keha­diran orang ramai daripada pelbagai kaum dan agama me­rupakan perkara paling ketara sepanjang dua minggu beliau dan pasukannya menguruskan kawasan pusara Allahyarham.

Menurutnya, kehadiran pe­ngunjung bermula seawal pukul 6.45 pagi hingga 10 malam pada hari-hari awal selepas pengebumian, dengan kira-kira 3,000 orang hadir pada hari pertama, diikuti sekitar 2,700 orang sehari bagi tempoh enam hari berikutnya.