ROME: Lazio menyamai kutipan mata Inter Milan di puncak Serie A selepas menewaskan Monza 3-1, ketika pencabar lain, AS Roma, Juventus dan AC Milan, masing-masing tercicir mata.

Roma yang beraksi dengan 10 pemain gagal mengekalkan rentak apabila terikat tanpa jaringan dengan Como selepas Donyell Malen dilayangkan kad merah. Keputusan itu menyaksikan Roma kini ketinggalan dua mata di tangga ketiga.

AC Milan pula terikat 1-1 ketika berkunjung ke Sassuolo, sekali gus ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga untuk menghuni tangga kelima.

Cagliari, yang muncul antara pasukan kejutan musim ini, meneruskan permulaan cemerlang apabila mengikat Juventus 1-1 untuk kekal di tangga keempat, dua mata di depan kelab dari Turin itu yang menduduki tempat keenam.