PETALING JAYA – Kumpulan Sunway terus memperkukuh komitmennya dalam membangunkan komuniti kurang bernasib baik menerusi pendekatan membina keupayaan dan kemahiran agar mereka mampu berdikari, berbanding sekadar menerima bantuan.Ketua Pegawai Strategi Penjenamaan Kumpulan Sunway, Nik Tasha Nik Kamaruddin berkata, falsafah ‘ajar memancing, bukan sekadar memberi ikan’ menjadi teras setiap inisiatif pembangunan komuniti yang dilaksanakan syarikat itu.Menurutnya, pendekatan berkenaan memberi peluang kepada komuniti membina kemahiran serta keupayaan menjana pendapatan secara mampan. "Antara falsafah Sunway ialah kita mahu mengajar komuniti memperbaiki kehidupan mereka pada masa depan," katanya.Beliau berkata demikian pada Program Penutup #SunwayforGood 2026 sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Dewan Serbaguna MBPJ Kampung Lindungan di sini pada Rabu.Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Puteri Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pada program itu, sebanyak 5,000 burger yang dihasilkan penghuni Rumah Sahabat diagihkan kepada komuniti, khususnya penduduk Pangsapuri Desa Mentari.Sepanjang program itu, Sunway menempah 5,000 burger yang dihasilkan penghuni Rumah Sahabat untuk diagihkan kepada komuniti yang memerlukan.Daripada jumlah itu, 500 burger diagihkan semasa pelancaran program pada 29 Ogos di Rumah Sahabat, sebuah pusat pemulihan bagi individu yang sedang pulih daripada kebergantungan bahan.Sebanyak 2,500 burger pula diagihkan menerusi trak makanan Burger Rumah Sahabat, manakala baki 2,000 diagihkan kepada komuniti Desa Mentari pada majlis penutup.Inisiatif burger itu merupakan sebahagian daripada program keusahawanan oleh Selangor Youth Community (SAY) yang bertujuan melengkapkan penghuni Rumah Sahabat, sebuah pusat pemulihan bagi individu yang sedang pulih daripada kebergantungan bahan, dengan kemahiran praktikal untuk menjana pendapatan secara mampan.Menerusi latihan secara langsung serta pengalaman menyediakan, mengurus dan memenuhi tempahan komersial, program itu membantu penghuni membina kemahiran dan keyakinan untuk berdikari selepas meninggalkan pusat pemulihan dan kembali menjalani kehidupan dalam masyarakat.Inisiatif itu sekali gus memberi manfaat berganda dengan menyediakan pengalaman keusahawanan secara praktikal dan peluang menjana pendapatan kepada penghuni Rumah Sahabat, di samping menyalurkan makanan kepada komuniti yang memerlukan.Mengulas lanjut, Nik Tasha berkata, tempahan burger oleh Sunway bukan sahaja memberi peluang kepada penghuni Rumah Sahabat menjana pendapatan, malah membuka ruang kepada mereka memperoleh pengalaman mengendalikan tempahan komersial berskala besar.Katanya, bagi memastikan kualiti produk memenuhi piawaian, penghuni Rumah Sahabat turut menerima latihan dan pembangunan di Sunway Resort Hotel dengan penekanan terhadap aspek kebersihan serta keselamatan makanan."Rumah Sahabat menyahut cabaran ini untuk memperbaiki diri melalui latihan dan pembangunan yang diberikan," katanya.Membangunkan komuniti Desa MentariBeliau berkata, inisiatif tersebut bukan sekadar program agihan makanan, sebaliknya platform membina keupayaan komuniti supaya lebih bersedia mengembangkan potensi diri dan perniagaan.Menurutnya, usaha itu selari dengan visi Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah yang mahu memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan masyarakat."Pangsapuri Desa Mentari ialah jiran kami dan menjadi keutamaan untuk dibantu agar mereka dapat melangkah lebih jauh," katanya.Nik Tasha berkata, inisiatif menghasilkan dan mengagihkan burger itu merupakan yang pertama dilaksanakan Sunway sebagai usaha memperkasa komuniti melalui pembangunan perusahaan yang lebih mampan.Beliau berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalin bersama rakan strategik yang berkongsi aspirasi sama bagi memperluaskan manfaat kepada masyarakat.Peluang ubah kehidupanSementara itu, penghuni Rumah Sahabat, Amir Ali Mohamad Rasid berkata, peluang menghasilkan 5,000 burger menjadi pengalaman paling bermakna selepas lebih sembilan tahun berdepan pelbagai cabaran hidup.Menurutnya, pengalaman tersebut membuka lembaran baharu apabila berjaya meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran berinteraksi dengan masyarakat."Sudah lebih empat tahun saya berada di Rumah Sahabat dan banyak perubahan berlaku dalam diri saya. Saya belajar bergaul serta berinteraksi dengan orang lain."Apabila diberi peluang menyediakan burger dan bertemu ramai orang, saya lebih gembira sehingga dapat melupakan kehidupan buruk yang pernah dilalui," katanya.Amir berkata, dia bertanggungjawab dalam proses penyediaan dan pembungkusan burger termasuk menyediakan roti, sayursayuran serta membungkus makanan mengikut tempahan.Menurutnya, tempahan dalam jumlah besar itu memberi pengalaman baharu selain membuktikan mereka mampu memenuhi keperluan pelanggan secara profesional.Katanya, peluang tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada penghuni Rumah Sahabat, malah membolehkan mereka menyumbang kembali kepada masyarakat.Sementara itu, Pengerusi Komuniti Madani Desa Mentari, Mohd Zaini Saleh berkata, program berkenaan bukan sekadar membantu golongan memerlukan, malah menjadi medium mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum, agama dan latar belakang.Menurutnya, aktiviti kemasyarakatan seperti itu mampu menjadi pemangkin perpaduan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti."Program ini secara tidak langsung merapatkan jurang perbezaan kaum, agama dan latar belakang melalui aktiviti kemasyarakatan," katanya.Program perluas impak ke seluruh negaraSejak 2014, #SunwayforGood membantu komuniti yang memerlukan menerusi pelbagai inisiatif bersempena sambutan perayaan utama.Usaha itu telah memberi manfaat kepada ribuan orang di seluruh negara.Tahun ini, buat pertama kali, #SunwayforGood diadakan bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia menerusi Program Makanan #SunwayforGood selama sebulan di bawah kempen Sejahtera Bersama Sunway.Program itu merangkumi lima inisiatif berasaskan makanan, termasuk Sunway Meal Pack-a-Thon, pelancaran program di Rumah Sahabat, pengagihan burger menerusi trak makanan Burger Rumah Sahabat, pengagihan barangan dapur kering di seluruh negara serta majlis penutup sempena Hari Malaysia bersama komuniti Desa Mentari.Secara keseluruhan, lima inisiatif tersebut memberi manfaat kepada lebih 13,000 orang, termasuk komuniti Orang Asli, kanakkanak, warga emas dan keluarga yang memerlukan.
Santuni komuniti Desa Mentari, perkukuh hubungan bersama masyarakat
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Santuni komuniti Desa Mentari, perkukuh hubungan bersama masyarakat (this story)
- Berita Harian Perkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Lubnan

