BN dan PN menang di 24 kerusi pada PRN Melaka, sekali gus membentuk kerajaan negeri.AYER KEROH: Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada budi bicara ketua menteri Melaka untuk menentukan pelantikan wakil gabungan itu sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) susulan kemenangan besar bersama Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata pelantikan itu hak prerogatif ketua menteri dan beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.
"Bagi kita yang penting agenda kita hari ini ialah langkah pertama, kita menang dulu dan kita telah buktikan," katanya selepas pengumuman keputusan PRN Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Sebelum ini, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata wakil rakyat PN turut dilantik sebagai exco sekiranya kedua-dua gabungan berjaya membentuk kerajaan negeri.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml12_512151.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
