KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha berharap hukuman setimpal terhadap pelaku susulan video kucing yang diikat lehernya dan digantung di luar tingkap pikap di Kluang, Johor, baru-baru ini.
Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, berkata sebagai pencinta haiwan, dia berasa kesal terhadap kes penderaan haiwan yang tular berkenaan.
Menurutnya, perbuatan kejam terhadap haiwan tidak boleh diterima dan pihak bertanggungjawab sewajarnya dikenakan tindakan yang tegas.
"Bagi saya, perbuatan sebegitu langsung tidak berperikemanusiaan. Kalau seseorang boleh melakukan perkara kejam terhadap kucing, mereka juga mungkin sanggup melakukannya terhadap sesiapa sahaja.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage9_952292.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
