Kuala Lumpur: Pertaruhan Pakatan Harapan (PH) yang menampilkan 13 muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat sebagai strategi untuk meraih sokongan pengundi atas pagar, pengundi muda dan pengundi luar.

Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali, berkata PH mungkin menggunakan strategi itu susulan kemunculan beberapa isu terkini yang menggemparkan negara selepas PRN Negeri Sembilan.

"Beberapa isu besar negara seperti skandal Tabung Haji, kerugian Universiti Teknologi MARA (UiTM), isu FELDA dan isu-isu lain membabitkan integriti UMNO menyebabkan parti itu terkait dengan isu 'transparency' (ketelusan).

"Selain itu, jika diperhatikan di media sosial, 95 peratus netizen juga tidak bersetuju dengan isu sumbangan derma kepada Tabung Solidariti Najib Razak kerana ia seolah-olah membantu individu yang sudah dijatuhkan hukuman.