Kuala Lumpur: Kementerian Perpaduan Negara menerbitkan sebuah filem pendek khas sempena sambutan Deepavali 2026 bertajuk 'Cahaya Yang Menyatukan Kita' dalam usaha terus memperkukuh semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
Filem pendek yang menggabungkan elemen kekeluargaan, persahabatan, humor bersahaja serta nilai kemanusiaan itu adalah cetusan idea Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago anak Dagang.
Kementerian itu dalam satu kenyataan media berkata, karya berkenaan mengangkat kisah santai namun mendalam yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.
"Berbeza daripada kebiasaan, filem ini tidak sekadar meraikan kemeriahan pesta cahaya, sebaliknya mengajak penonton menyelami kisah seorang wanita India, Aunty Rajeswary, yang bekerja sebagai petugas pembersihan di sebuah kondominium.









