KOTA BHARU: Isu dadah di Kelantan perlu ditangani semua pihak, bukan hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada kerajaan negeri.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata Kelantan mempunyai sempadan antarabangsa, sekali gus menjadi negeri pertama dimasuki sindiket pengedaran dadah sebelum dibawa ke negeri lain.
"Antara masalah negeri sempadan inilah, banyak benda-benda baik dibawa, kita dapat manfaatnya, begitu juga benda tidak baik, kita juga dapat mudaratnya. Kelantan ialah sempadan antarabangsa, bukan sempadan negeri.
"Kadang-kadang orang nak bawa ke tempat lain tetapi disebabkan melalui negeri kita dan ditangkap di tempat kita, maka yang timbulnya Kelantan, tapi itu bukan bermaksud kita tak mahu bertanggungjawab, tidak.









