BUKIT MERTAJAM : Para majikan digalak untuk memanfaatkan perkhidmatan Job Coach dalam usaha membantu pekerja yang terdiri daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) menyesuaikan diri dengan tugasan serta persekitaran kerja mereka.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, dalam hal ini, Job Coach juga boleh digunakan untuk membantu majikan memahami keperluan pekerja serta penggunaan kaedah komunikasi yang bersesuaian.
“Dengan bimbingan yang bersesuaian, penyesuaian tempat kerja dan sikap saling memahami, saya percaya lebih ramai warga OKU berpotensi untuk bekerja dengan baik dan menyumbang secara produktif,” katanya.
Beliau berucap ketika merasmikan program Langkah Bersama Berapit 2.0: Kerjaya dan Peluang Warga Belia OKU di sini, hari ini. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Heng Le










