DI satu sisi, pekerja mendesak gaji lebih tinggi kerana kos sara hidup terus menghimpit.Di sisi lain, majikan pula berdepan persoalan sama ada mereka mampu menyerap kenaikan kos tanpa menjejaskan operasi, keuntungan dan peluang pekerjaan.Pertembungan kepentingan ini yang bakal menjadikan isu gaji minimum antara perkara paling dinanti menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.Persoalannya kini bukan lagi sekadar sama ada gaji minimum akan dinaikkan, tetapi berapa tinggi kenaikan yang mampu diterima pekerja tanpa menjerut kelangsungan perniagaan.Kerajaan sebelum ini menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan yang dilaksanakan sepenuhnya kepada semua majikan mulai 1 Ogos 2025.Namun, dalam suasana kos kehidupan yang semakin meningkat, timbul persoalan sama ada kadar berkenaan masih mencukupi untuk memastikan pekerja berpendapatan rendah menikmati kehidupan yang lebih selesa.Bagi pekerja, setiap tambahan ringgit membawa makna besar ketika berdepan kos makanan, perumahan, pengangkutan dan keperluan keluarga.Bagi majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kenaikan gaji bukan sekadar menambah angka pada slip gaji pekerja.Ia turut bermakna peningkatan kos operasi, caruman berkaitan pekerja dan kemungkinan kenaikan kos pengeluaran yang akhirnya boleh memberi kesan kepada harga barangan serta perkhidmatan.Kerajaan berada di tengah-tengah pertembungan dua tuntutan yang sama-sama mempunyai asas.Pekerja mahukan pendapatan yang lebih munasabah, manakala majikan mahukan ruang untuk terus beroperasi dan menyediakan pekerjaan.Arahan Perdana Menteri supaya pelaksanaan gaji minimum diteliti secara menyeluruh memberi isyarat bahawa kerajaan sedar isu ini tidak boleh diputuskan berdasarkan satu angka semata-mata.Jika pengumuman dibuat dalam Belanjawan 2027, cabaran sebenar kerajaan bukan sekadar menentukan kadar baharu, tetapi memastikan kenaikan itu tidak menjadi kemenangan sebelah pihak sahaja.Akhirnya, dasar gaji minimum perlu mencari titik tengah antara hak pekerja untuk memperoleh pendapatan wajar dan hak majikan untuk terus bertahan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.
Gaji minimum: Pertembungan pekerja, majikan menjelang Belanjawan 2027

Key takeaways
Pertembungan antara pekerja dan majikan mengenai kenaikan gaji minimum menjelang Belanjawan 2027 berikutan kos sara hidup yang meningkat.
- Pekerja meminta gaji lebih tinggi kerana kos kehidupan yang semakin meningkat.
- Majikan khuatir kenaikan gaji akan membebankan operasi dan keuntungan perniagaan.
- Gaji minimum sebelum ini ialah RM1,700 sebulan yang dilaksanakan pada 2025.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today RM390,000 menjelang 2030: Pakar gesa caruman KWSP automatik pekerja gig
- Free Malaysia Today Gaji minimum GLC RM3,100 tak boleh jadi penanda aras, kata majikan
- Berita Harian Kenaikan gaji minimum jangan sampai himpit pekerja mahir
- Berita Harian PMKS wajar diberi tempoh kenaikan gaji minimum
- Sinar Harian Gaji minimum: Pertembungan pekerja, majikan menjelang Belanjawan 2027 (this story)








