GUA MUSANG: Hancur hati dua beradik apabila ibu dinanti untuk menjemput pulang dari sekolah tidak kunjung tiba, sebaliknya berita duka diterima apabila insan tersayang itu meninggal dunia akibat kemalangan.
Nur Arissa Najla Mohd Shazuam, 13, dan Nur Amani Nuwairah Mohd Shazuam, 15, menanti penuh sabar selepas ibunya, Nor Hasyikim Daud, 34, berjanji mengambil mereka pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku.
Nur Arissa Najla berkata, dia menerima berita kemalangan itu daripada seorang rakan ketika menunggu pada 1.40 tengah hari.
"Ibu ada maklumkan akan ke Gua Musang dengan rakannya dan berjanji mengambil saya serta kakak dari sekolah.
"Pada hari kejadian, saya menduduki tiga kertas peperiksaan dan sangat teruja untuk memberitahu ibu yang saya boleh jawab semua soalan subjek Sejarah.






