sukan@hmetro.com.my
Rembau: Pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC), Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi mencatat penamat terbaiknya dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 apabila mengakhiri Peringkat 6 di tempat ke-18 dari Pandan Indah ke Rembau, hari ini.
Pelumba berusia 22 tahun itu terpaksa mengerah kudrat untuk mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan selepas memilih mengekori kelompok XDS Astana Team ketika perlumbaan memasuki fasa penamat.
Namun, Iqbal Daniel mengakui fizikalnya yang lebih kecil selain keletihan menyebabkan dia tidak mampu mengekalkan rentak kelompok terbabit sehingga ke garisan penamat.
"Saya sudah cuba yang terbaik. Cuma fizikal saya kecil dan saya seorang, saya tidak ada pelumba berbadan besar sebagai 'pacer' (untuk membantu).






