firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Negeri Sembilan dan Bomba FC bakal membuat perhitungan pada pentas final Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2026 edisi ke-104 selepas masing-masing melepasi cabaran separuh akhir.

Bomba FC terlebih dahulu menempah tiket ke final selepas menewaskan Terengganu 2-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Bomba FC meneruskan kemaraan untuk memburu kejuaraan PERR selepas sebelum ini pernah melangkah ke pentas final pada edisi dua musim lalu.

Bagaimanapun, impian Bomba FC untuk menjulang trofi ketika itu tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada MySPRM-ACeIO dalam aksi final yang berlangsung di Melaka.