LABUAN - Beting pasir di Pulau Kuraman, Labuan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai beting pasir terpanjang di Malaysia dengan ukuran sepanjang 808.4 meter.Dikenali sebagai Lidah Pasir dalam kalangan penduduk tempatan, kawasan itu turut diiktiraf sebagai beting pasir terdedah sepanjang 790.4 meter.Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Muhammad Azmin Mohd Zain berkata, pengiktirafan itu membuka peluang kepada kawasan berkenaan untuk dibangunkan sebagai tarikan pelancongan baharu di pulau itu."JWP merancang untuk membangunkan pulau ini bersama Perbadanan Labuan menerusi konsep pelancongan berasaskan komuniti dengan melibatkan penduduk kampung dalam usaha memelihara keindahan semula jadinya," katanya.Beliau berkata demikian selepas aktiviti gotong-rotong sempena program Bersih Setiap Tempat (Best) di Pulau Kuraman di sini pada Sabtu.Pulau Kuraman berkeluasan 363 ekar merupakan antara 11 geopark di Labuan dan dianggarkan berusia 35 juta tahun.Ia terletak berdekatan Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil yang turut mempunyai pengusaha chalet.Muhammad Azmin berkata, JWP memberikan tempoh sebulan kepada Perbadanan Labuan untuk memulakan kerja-kerja pembangunan dengan kerjasama 27 kampung di sekitar Labuan."Jabatan akan menyediakan dana bagi usaha ini dan setiap kampung akan membina gazebo untuk kemudahan pengunjung beristirahat dan menjalankan aktiviti."Kalau kita tengok tadi, kayu-kayu itu kita boleh guna sebagai bangku. Kita tak nak ada struktur yang besar yang merosakkan keindahan beting pasir," jelas beliau.
Lidah Pasir Pulau Kuraman terima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records

Key takeaways
Lidah Pasir Pulau Kuraman dianugerahkan dua pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records sebagai beting pasir terpanjang dan terdedah di Malaysia.
- Lidah Pasir Pulau Kuraman diiktiraf sebagai beting pasir terpanjang dengan panjang 808.4 meter.
- Kawasan itu juga dianugerahkan sebagai beting pasir terdedah sepanjang 790.4 meter.
- JWP merancang membangunkan pulau itu sebagai tarikan pelancongan bersama Perbadanan Labuan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia 655 premis makanan di Pulau Pinang terima pengiktirafan BeSS
- Sinar Harian Lidah Pasir Pulau Kuraman terima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (this story)
- Utusan Malaysia Beting pasir Pulau Kuraman diiktiraf terpanjang di Malaysia








