KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton negara, Ong Ewe Hock melihat perkembangan positif dalam permainan Lee Zii Jia, namun menegaskan konsistensi menjadi kunci utama buat pemain perseorangan profesional itu untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

Menurutnya, kejayaan Zii Jia melangkah ke separuh akhir Terbuka Artik menunjukkan pemain itu mula menemui semula rentak permainannya selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Katanya, perubahan positif itu dapat dilihat menerusi kualiti pukulan dan corak permainan pemain di ranking ke-56 dunia itu.

"Memang bagus kerana dia nampak sudah kembali. Permainannya, termasuk pukulan, juga kelihatan lebih baik berbanding sebelum ini.