Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed berkata partinya boleh memainkan peranan penting dalam melembutkan imej PAS di mata bukan Melayu.PETALING JAYA: PAS wajar memperuntukkan satu pertiga kerusi di empat negeri ditadbirnya kepada Umno, jika dua parti itu mahu meneruskan kerjasama dalam pilihan raya akan datang, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata, PAS tidak perlu bertanding semua kerusi di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis kerana penguasaan dua pertiga kerusi sudah memadai. Katanya, majoriti dua pertiga yang dicapai BN di Johor pada 2022 berjaya meningkatkan keyakinan pelabur.

Beliau membandingkan keadaan itu dengan Terengganu yang disifatkannya kaya dengan sumber minyak, tetapi "tidak ada orang kata pelabur asing berduyun-duyun datang ke negeri itu".