ANTARA momen yang mencuri perhatian sewaktu majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu adalah ketika barisan ‘dulang boy’ membawa masuk sebuah kerusi urut dan basikal ‘road bike’ sebenar sebagai hantaran.Bukan menggunakan replika, gambar atau ‘mock up’, barangan tersebut dibawa sendiri ke ruang majlis sehingga mengundang perhatian serta mencuit hati orang ramai yang menyaksikan siaran langsung.Tampil berkongsi kisah di sebalik momen tersebut, Shairy Hanapiah yang ditugaskan membawa kerusi urut mendedahkan dia sebenarnya langsung tidak berada dalam senarai asal ‘dulang boy’.Menerusi Threads, Shairy berkata, dia hanya menerima panggilan pada jam 11.25 malam sebelum majlis daripada Amira Aisya yang meminta pertolongannya."‘Shairy esok boleh tolong team dulang boys tak? Perlukan tambahan untuk tolak kerusi urut. Nanti I send gambar kerusi tu’."Masa terima gambar dekat WhatsApp, saya dah tergelak sendiri. Apa gilalah Syed Saddiq ini," tulisnya.Menurut Shairy, Syed Saddiq memang mahu barangan sebenar dibawa masuk sebagai hantaran dan bukannya sekadar simbolik menerusi gambar atau replika."Dia tak nak guna mock model atau gambar. Dia nak tunjuk the real one!"Tapi saya yang memang sentiasa dalam ‘ready mode’ bersetuju untuk bantu, lebih-lebih lagi untuk tolong Amira melancarkan urusan majlis Saddiq dan Bella," katanya.Tambahnya, cabaran lebih mendebarkan apabila dia tidak sempat menyertai sebarang sesi latihan sebelum majlis berlangsung."Saya tak sempat join any rehearsal pun. Semuanya impromptu!"Perkara paling debar dalam hati tadi, ‘Janganlah aku tersangkut dekat tengah-tengah laluan tu nanti. Tengah live ini, malu woo’," selorohnya.Bagaimanapun, semuanya berjalan lancar dan momen tersebut akhirnya menjadi antara yang mencuri perhatian sepanjang majlis berkenaan."Alhamdulillah semuanya lancar dan satu Malaysia terhibur serta gelak," katanya.Terdahulu, kerusi urut dan ‘home gym’ merupakan antara tujuh hantaran pihak Syed Saddiq kepada Bella, selain perlindungan insurans, mas kahwin bersama cincin dan Gunung Emas Kinabalu, biasiswa sarjana, KWSP i-Simpan, ‘road bike’ serta beg tangan, kasut dan pakej umrah.Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Merdeka 118 Precinct. - Gempak