BANDA HILIR: UMNO Melaka masih belum menerima senarai nama calon daripada peringkat bahagian bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada media sekiranya sudah menerima senarai berkenaan.
"Belum (terima nama). Tunggu, sabar.
"Nanti dah dapat nama, nanti saya beritahu..." katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Melaka International Cruise Terminal Jetty (MICT) di Melaka Gateway, Pulau Melaka, Banda Hilir di sini, hari ini.








/file/attachments/orphans/WARISANChenKetChuin0610261112_284135.png)

