Kuala Lumpur: Tular di media sosial enam lelaki secara terbuka mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam yang didakwa 'versi' Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Berdasarkan perkongsian video dimuat naik seorang individu di Threads, semua lelaki berkenaan memperkenalkan diri masing-masing dari Malaysia termasuk Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan sebelum membuat mereka pengakuan secara berasingan.
Mereka menggunakan istilah 'Islam JAKIM' ketika menyatakan pendirian, malah ada individu turut mendakwa kini mengikuti ajaran didakwa Islam sebenar, dalam agama Ahmadi Keamanan dan Cahaya.
Selain itu, ada individu melafazkan dua kalimah syahadah sebelum mengaku murtad daripada Islam JAKIM kerana Islam sebenar adalah taat kepada Allah SWT serta Nabi Muhammad dan wasiatnya.








