Washington: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan pada Khamis Pejabat Oval di Rumah Putih sebagai mercu tanda negara, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Langkah itu bertujuan melindungi Pejabat Oval dan Bilik Kabinet daripada sebarang pengubahsuaian pada masa hadapan, kata Trump ketika menandatangani perintah eksekutif berkenaan di White House.
"Ia akan memastikan tiada pihak yang boleh merosakkan ruang yang luar biasa ini," katanya.
"Ruang ini merupakan simbol negara kita serta keagungan negara kita," tambah Trump.








