BATU PAHAT – Seorang wanita sanggup meredah perjalanan lebih 100 kilometer dari Melaka ke bandar ini untuk bertemu kekasihnya sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat di sebuah hotel di sini malam tadi.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam kenyataan berkata, wanita berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai penjawat awam itu ditahan bersama teman lelakinya berstatus duda, 30-an kira-kira pukul 11.35 malam.

Menurut JAINJ, pasangan terbabit memberikan pelbagai alasan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan, termasuk mendakwa sudah bernikah selain lelaki berkenaan turut dipercayai mempunyai rekod dikehendaki poli