JOHOR BAHRU: Serangan strok pada Februari lalu tidak mematahkan semangat seorang peminat setia TV3 dari Singapura untuk terus mengunjungi Karnival Jom Heboh (KJH) 2026 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, di sini, bermula hari ini.

Jannah Naz Abdullah, 50, berkata dia tidak pernah melepaskan peluang menghadiri karnival ikonik itu sejak penganjuran sulungnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2003.

Beliau berkata meskipun keupayaan untuk berjalan tidak lagi sekuat dahulu selepas diserang strok, keadaan itu tidak menghalangnya untuk datang dari Singapura bersama keluarga demi merasai kemeriahan karnival berkenaan.

"Saya memang datang dari Singapura semata-mata untuk menghadiri KJH. Saya diserang strok Februari lalu dan tidak dapat berjalan sekuat dahulu, tetapi semangat untuk datang ke sini tetap ada.