KUALA LUMPUR – Saingan Kejohanan Golf Terbuka Amatur ASEAN Bridgestone ke-10 melabuhkan tirainya minggu lalu yang menyaksikan penyertaan 1,200 pemain menerusi 11 pusingan kelayakan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Grand Final di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya itu menghimpunkan hampir 100 pemain golf amatur dari beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Jepun, Indonesia, Thailand, China dan Korea Selatan.

Edisi kali ini menyaksikan pencapaian penting bagi kejohanan berkenaan yang berkembang sejak sedekad lalu sebagai platform serantau menghubungkan pemain golf amatur, jenama antarabangsa dan industri golf secara keseluruhan.

Pada akhir saingan itu, Loh Junyou muncul juara bagi kategori gross selepas mencatatkan 75 pukulan manakala Muhammad Fadili Mohammad Fazil pul