Ketua Polis Sibu Abang Zainal Abidin Abang Ahmad umum penahanan 14 suspek dalam siasatan kes pergaduhan di Sibu. (Gambar Bernama)SIBU: Polis menahan 14 lagi individu berhubung kes pergaduhan yang mengorbankan seorang lelaki akibat tikaman pada dada, Sabtu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan setakat ini sebanyak 23 orang.
Ketua Polis Sibu Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata 14 suspek itu ditahan di beberapa lokasi di bandar Sibu semalam hasil risikan polis.
Beliau berkata semua suspek direman selama enam hari sehingga 18 Nov bagi membantu siasatan.
Polis menerima laporan mengenai pergaduhan itu kira-kira 2 pagi pada 7 Nov.






