Perbezaan pandangan atau pendekatan antara kementerian tidak semestinya mencerminkan perpecahan dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dia menjawab soalan Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta penjelasan mengenai pendirian bercanggah secara terbuka antara Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Kerajaan ingin menegaskan bahawa perbezaan pandangan atau pendekatan antara kementerian tidak semestinya mencerminkan perpecahan dalam kerajaan.

“Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada proses perbincangan dan pertimbangan dasar yang mengambil kira tanggungjawab, bidang kuasa serta keutamaan masing-masing,” katanya pada jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan pada 29 Okt.