GEORGE TOWN : Seramai 130,790 pengguna air Pulau Pinang dilaporkan terjejas selepas berlaku gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba malam tadi sehingga menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Seberang Perai Utara (SPU) turut terhenti.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K. Pathmanathan berkata, kejadian itu bukan sahaja menyebabkan operasi pengepaman terganggu, malah, proses rawatan air serta sistem penyaluran bahan kimia di loji berkenaan tidak dapat berfungsi.
“Pada masa yang sama, penjana kuasa elektrik sokongan di LRA Sungai Dua juga tidak dapat diaktifkan dalam tempoh yang mencukupi untuk mengelakkan operasi loji daripada terus terhenti.









